Kamis, 19 Juni 2008

jawaban no.1

1).Pemesanan sebuah domain

1) Nama domain - iaitu alamat di mana laman web anda boleh dicapai, contoh: http://www.blogcontoh.com. Alamat ini dalam istilah biasa di panggil URL.
2) Web hosting - web hosting kebiasannya adalah berbentuk komersial, tetapi ada juga yang percuma. Web hosting percuma biasanya terlalu simple, tidak ada scripting, database, dsb yang diperlukan untuk menyiapkan sebuah blog. Tetapi jangan risau tentang perkara ini, ia akan ditulis dengan lebih detail dalam langkah seterusnya.
Nama domain, sebenarnya adalah singkatan atau terjemahan kepada IP address sebuah server, yang mana server berkenaan menempatkan files sesebuah laman web. Kurang faham? Tidak apa, anda akan semakin faham bila melibatkan diri dalam bidang ini.
Domain name hosting - ia adalah satu perkhidmatan kebiasaanya disediakan oleh registrar atau agen mereka. Domain name hosting hanyalah satu perkhidmatan yang merekodkan alamat (IP address) kepada DNS di mana DNS ini akan memberitahu di mana file kita tersimpan. Saya cuba untuk tidak menulis secara teknikal. Secara mudahnya, domain name hosting hanya merekodkan IP address yang anda beritahu mereka. Sebagai contoh, domain name hosting boleh diibarat sebagai yellow pages. Anda merekodkan nama syarikat, nama jalan, poskod dan nombor telefon dalam yellow pages. Pelanggan akan menggunakan yellow pages untuk mencari di mana alamat anda. Jadi dalam aspek ini, registrar menympan rekod, dan akan menjawab kepada pelanggan yang mencari laman web anda di mana laman web anda boleh dijumpai.
Jadi, tugas pertama sekarang yang perlu dilakukan ialah mendapatkan nama domain. Nama domain ini boleh dibeli pada kadar $10-$20. Ada yang lebih murah, dan ada yang lebih mahal. Bayaran domain name biasanya untuk tempoh setahun, sebelum anda perlu memperbaharuinya tahun hadapan.
Sekiranya anda masih belum mendaftarkan domain name, ciptakan satu nama domain paling menarik yang boleh memberi erti kepada keseluruhan hasil kerja anda. Sebagai contoh, sekiranya anda mahu menghasilkan satu blog berbentuk peribadi, mungkin domain name paling baik adalah nama anda sendiri ataupun nickname yang selalu digunakan oleh anda.
Domain boleh didaftarkan di mana-mana registrar atau reseller, tetapi pilihlah dari kalangan pihak yang telah lama menjalankan bisnes ini untuk perkhidmatan yang terbaik. Sekiranya anda tidak mempunyai mana-mana pilihan registrar, saya mencadangkan beberapa company seperti dibawah:


(GoDaddy menawarkan domain .com pada $6.99/setahun)


(Dotster menawarkan domain .com pada $15.25/setahun)
Sebenarnya saya tidak bermaksud untuk mempromosikan link affiliate, anda bebas mendaftarkan domain name anda dimana-mana yang disukai. Mungkin beberapa tempat pilihan lain boleh menawarkan harga yang lebih baik.
Semasa pendaftaran domain name, soalan yang wajib ditanya ialah DNS entry. Terdapat 2 DNS entry yang perlu diisi. Untuk menempatkan website anda secara percuma dengan gamb.us, gunakan DNS entry ini:
DNS 1: ns1.gamb.us
DNS 2: ns2.gamb.us
Sekiranya anda menggunakan perkhidmatan web hosting dari tempat lain, maka anda boleh mendapatkan DNS entry mereka mengikut server masing-masing dari server administrator.
Apa yang anda lakukan di atas adalah, secara basic, bermaksud memberitahu kepada domain registrar bahawa files anda di hoskan di server gamb.us. Server ini adalah di mana tutorial yang anda sedang baca ini dihoskan. Perlu diingat, walaupun domain anda didaftarkan hari ini, ia akan mengambil masa 1-2 hari untuk berfungsi sepenuhnya. Ini kerana terdapat beberapa server lain yang akan turut di updatekan di belakang tabir, sebelum nama domain anda dikenali oleh semua network di internet.
Serba sedikit berkenaan domain name telah saya sentuh, langkah seterusnya adalah berkenaan web hosting. Selamat berjaya mendaftarkan nama domain anda!

Tidak ada komentar: