Kamis, 19 Juni 2008

jawaban no.2

2) Hosting untuk domain


Dalam artikel sebelum ini saya menulis tentang pendaftaran domain name. Pendaftaran ini perlu dilengkapkan dengan 2 DNS entry. Kenapa?

Secara asasnya DNS entry memberi maklumat kepada web browser di mana files laman anda boleh diperolehi. Sekiranya laman blog anda sebagai contoh, http://www.blogcontoh.com. Ianya tidak bermakna apa-apa langsung tanpa DNS entry, kerana web browser tidak dapat mentafsirkan di mana letaknya file HTML, PHP atau gambar-gambar laman blog anda. Blogcontoh.com hanyalah satu perkataan yang tidak berguna tanpa DNS entry yang betul.

Sebagai contoh, sekiranya anda membayar langganan web hosting sebanyak RM80/setahun dari penyedia ABCDHosting.com. Maka besar kemungkinan DNS entry nya adalah seperti berikut:

DNS 1: ns1.abcdhosting.com

DNS 2: ns2.abcdhosting.com

Dalam kes ini, ns1 dan ns2 adalah name server, di mana name server ini akan menjawab pertanyaan dari web browser di mana letaknya file blogcontoh.com. Oleh kerana administrator kepada abcdhosting telahpun merekodkan langganan anda bersama mereka, maka name server ini akan menjawab file anda boleh diperolehi dari IP address 200.123.124.125, sebagai contoh. Jadi web browser sebaik saja menerima maklumat ini, akan menghantar request kepada alamat IP tersebut. Di bawah ini adalah contoh company yang menawarkan web hosting berbayar:


(HostGator menawarkan perkhidmatan web hosting pada harga $4.95/sebulan)

Secara ringkas, sekiranya anda melanggani mana-mana web hosting berbayar, maka DNS entry ini akan di berikan oleh administrator.

Okay, dalam kes blog hosting percuma di gamb.us, saya juga akan merekodkan entry anda ke server ini. Yang penting, domain name anda perlulah di pointkan kepada DNS entry ini:

DNS 1: ns1.gamb.us

DNS 2: ns2.gamb.us

Setelah itu, anda perlulah menghubungi saya dengan memberikan satu komen kepada artikel ini berserta nama domain anda yang telah didaftarkan.

Sedikit maklumat tentang free blog hosting yang saya tawarkan. Sebenarnya saya suka untuk berkongsi web hosting ini. Jadi apa yang anda akan terima adalah sub-akaun kepada akaun utama saya. Sub-akaun ini mempunyai ciri penuh web hosting berbayar seperti PHP scripting, MySQL database, dan akaun ftp.

Saya akan menerangkan serba sedikit apa yang perlu dilakukan dengan akaun ftp dan MySQL database dalam artikel akan datang.

Selamat mencuba.

Tidak ada komentar: